SIARAN MEDIA: SENARAI AKHIR 14 PEMAIN SKUAD FUTSAL HARIMAU MALAYA KE KEJUARAAN FUTSAL ASEAN 2026 DI THAILAND
Berikut senarai akhir 14 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih futsal kebangsaan, Addie Azwan Zainal bagi membawa cabaran Malaysia pada saingan Kejuaraan Futsal ASEAN 2026 di Nonthaburi, Thailand bermula 6 hingga 12 April 2026.
BIL | NAMA | UMUR | POSISI | PASUKAN |
1. | MOHAMAD FAARIS AMSYAR MARHAIDI | 19 | SELANGOR FC | |
2. | MUHAMMAD AIDIL ZAKWAN ZAIDI | 19 | SELANGOR FC | |
3. | IQBAL HAZIM RADZI | 20 | SELANGOR FC | |
4. | AHMED HAZIQ HAIKAL RASHIDI | 22 | SELANGOR FC | |
5. | MUHAMMAD AMIRO IZZAT MOHD ANNUAR | 25 | PAHANG RANGERS FC | |
6. | MUHAMMAD ADAM RAYYAN NOR HISAM | 19 | PAHANG RANGERS FC | |
7. | MUHAMMAD AMIRUL SYAHMI MOHD SANUSI | 23 | USM FC | |
8. | MUHAMMAD DANIAL ZHAFIRUL BAZLAN | 22 | USM FC | |
9. | MOHD ZULHAIRI HARIS | 28 | SABAH | |
10. | MATIAS DANISAN | 23 | KL CITY FC | |
11. | ALIF IQWAN HUSSIN | 28 | ATM | |
12. | MOHAMMAD AMMAR HARITH MOHAMMAD | 19 | JOHOR DARUL TA’ZIM | |
13. | MUHAMMAD ARIF ROSLAN | 25 | MALAYSIAN UNIVERSITY | |
14. | SYED SHAHRUL NIEZAM SYED ABD RAHIM | 27 | TERENGGANU |
Addie Azwan hanya mengekalkan dua pemain dari skuad 14 pemain ke Piala Asia Futsal 2026 di Jakarta, Indonesia pada Januari lalu iaitu Aidil Zakwan Zaidi dan Syed Shahrul Niezam Syed Abd Rahim.
Syed Shahrul Niezam yang pada mulanya diletakkan dalam Senarai Bersedia telah dipanggil ke kem latihan pusat bermula 25 Mac lalu bagi menggantikan Navin Das Arokiadass (KL City FC) dari senarai asal 18 pemain yang dipanggil.
Selepas sesi latihan terakhir pada Jumaat, 3 April 2026, Addie Azwan telah memuktamadkan senarai 14 pemain akhir dengan empat pemain digugurkan iaitu penjaga gol Mohd Ahzar Aris, Kairul Sukri, Mohd Farhan Arman dan Mohd Shamsuri Saleh.
Syed Shahrul Niezam, 27, telah dinamakan sebagai ketua pasukan bagi kejohanan kali ini.
Skuad futsal kebangsaan berlepas ke Bangkok, Thailand pada Sabtu, 4 April 2026.
Kejuaraan Futsal ASEAN 2026 yang berlangsung di Stadium Nonthaburi disertai lapan pasukan dengan tuan rumah Thailand diundi dalam Kumpulan A bersama-sama Vietnam, Myanmar dan Timor-Leste manakala Malaysia berada dalam Kumpulan B bersama-sama juara bertahan Indonesia, Australia dan Brunei, selepas Kemboja menarik diri.
Skuad futsal Harimau Malaya akan memulakan kempen dengan aksi pembukaan berdepan Australia pada Isnin, 6 April 2026, disusuli aksi kedua menentang Indonesia pada Selasa, 7 April 2026 dan perlawanan terakhir bertemu Brunei pada Rabu, 8 April 2026.
Jika berjaya muncul juara atau naib juara kumpulan, aksi separuh akhir dijadual pada Jumaat, 10 April 2026 disusuli aksi final dan penentuan tempat ketiga pada Ahad, 12 April 2026.
Sebagai rekod, skuad futsal Harimau Malaya pernah lima kali muncul naib juara pada 2003, 2005, 2010, 2017 dan 2018 serta menamatkan saingan di tangga ketiga sebanyak lima kali pada 2001, 2007, 2008, 2015 dan 2016.
Pada edisi terakhir pada 2024 di Korat, Thailand, Malaysia gagal ke separuh akhir apabila menamatkan saingan Kumpulan A di tangga ketiga di belakang Vietnam dan Thailand.
- Siaran media ini dikeluarkan pada Sabtu, 4 April 2026
