SIARAN MEDIA: SENARAI AKHIR 22 PEMAIN SKUAD HARIMAU MALAYA B-16 KE FIFA YOUTH SERIES 2025 DI ZURICH, SWITZERLAND
Berikut adalah senarai akhir 22 pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih B-16 kebangsaan, Javier Jorda Ribera bagi membawa cabaran skuad Harimau Malaya B-16 ke kejohanan FIFA Youth Series 2025 di Zurich, Switzerland dari 18 hingga 22 Mei 2025.
NAMA PEMAIN | UMUR | PASUKAN | |
1 | AIMAN KHAUFLY HANAFI | 16 | JDT V |
2 | ARAYYAN HAKEEM NORIZAM | 16 | JDT V |
3 | AQHYL FAIESAL AHMAD FAMY | 16 | JDT V |
4 | CARRICK SIPRI | 16 | JDT V |
6 | MUHAMMAD FARIS ASYRAF FANDI | 16 | JDT V |
7 | TAN ZHENG HANG | 16 | JDT V |
8 | ADAM MUQRI MUHAIZAM | 15 | AMD FUTURE |
9 | AHMAD YUSUF NASRULLAH AHMAD RAMLI | 15 | AMD B-16 |
10 | ARFAN HAZIQ AHMAD MARZUKI | 16 | AMD B-16 |
11 | MOHAMAD IMAN DANISH MOHD SHUKOR | 16 | AMD B-16 |
12 | MUHAMMAD AMIRUL HAZIQ MAZLAM | 16 | AMD B-16 |
13 | MUHAMMAD FAIZ NAUFAL ZUHAIRI | 16 | AMD B-16 |
14 | MUHAMMAD IMAN IRFAN MUHAMMAD HAPIS | 16 | AMD B-16 |
16 | MUHAMMAD NURIKHWAN HAZEEM MOHD FADHIL | 16 | AMD B-16 |
17 | MUHAMMAD SYAFIQ HIDAYAT ISMAIL ABDULLAH | 16 | AMD B-16 |
19 | MUHAMMAD SYAZANI YUSSAIRI YUSNAZAIRI | 16 | AMD B-16 |
20 | MUHAMMAD ZARIF ALTAF MOHD ZAHIDI | 16 | AMD B-16 |
21 | NOURRUL EZZERY MOHAMAD NOR LIZAM | 16 | AMD B-16 |
22 | TENGKU AHMAD DARWIS TENGKU DAUD | 16 | AMD B-16 |
Skuad Harimau Malaya B-16 yang selesai menjalani latihan pusat selama seminggu di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil sejak 8 Mei lalu akan berlepas ke Zurich, malam ini.
FIFA Youth Series 2025 yang akan berlangsung di Home of FIFA di Zurich disertai enam pasukan bawah 16 tahun (B-16), setiap satu dari enam benua konfederasi FIFA yang dibahagikan kepada dua kumpulan dengan Kumpulan A dibarisi oleh Switzerland, New Zealand dan Guatemala manakala Kumpulan B pula menampilkan Malaysia, Tunisia dan Paraguay.
Bagi saingan Kumpulan B, Hari Perlawanan 1 pada Ahad, 18 Mei 2025 menyaksikan Malaysia menentang Paraguay, diikuti Hari Perlawanan 2 pada Isnin, 19 Mei 2025 dengan Malaysia berdepan Tunisia dan Hari Perlawanan 3 pada Selasa, 20 Mei 2025 menemukan Tunisia dan Paraguay.
Pasukan yang menduduki tempat ketiga Kumpulan A dan B kemudiannya akan bertemu untuk perlawanan Penentuan Tempat Kelima/Keenam pada Rabu, 21 Mei 2025.
Sementara pasukan tempat kedua Kumpulan A dan B akan bertemu untuk perlawanan Penentuan Tempat Ketiga/Keempat pada Khamis, 22 Mei 2025, disusuli aksi Final menemukan pasukan tempat teratas Kumpulan A dan B, pada hari yang sama bagi menentukan Juara dan Naib Juara FIFA Youth Series 2025.
- Siaran media ini dikeluarkan pada Khamis, 15 Mei 2025