Мы в Telegram
Добавить новость
123ru.net
World News in Malay
Февраль
2020

SIARAN MEDIA: RITA, NURUL AIN & NUR AKMAL DIPILIH UNTUK MENGADILI PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2020

0

2020-02-20

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin mengumumkan secara rasmi nama tiga pegawai perlawanan wanita yang telah dipilih untuk mengadili perlawanan-perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.

Mereka terdiri daripada dua orang pengadil iaitu Rita Gani, 43, dan Nurul Ain Izatty Zainal, 22, serta seorang penolong pengadil iaitu Nur Akmal Anuar, 32.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin berkata, langkah untuk memperkenalkan pengadil wanita di pentas tertinggi saingan bola sepak negara ini adalah bagi menambah minat golongan wanita menceburi bidang kepengadilan.

"Jumlah pengadil wanita di negara ini masih dalam kelompok yang boleh kita anggap agak kecil. Dengan aksi mereka di pentas Liga Super dan Liga Premier nanti, saya pasti ia akan membuka mata banyak pihak dan pada masa sama menarik minat lebih ramai golongan wanita untuk menjadi pengadil pada masa akan datang.

"Ketiga-tiga mereka ini telah mengadili perlawanan membabitkan pasukan wanita sama ada di pentas antarabangsa bagi Rita dan Nur Akmal yang merupakan Pengadil FIFA dan Penolong Pengadil FIFA serta Nurul Ain yang cukup berpengalaman mengendalikan perlawanan Piala Tun Sharifah Rodziah setiap tahun.

"Malah, mereka juga sudah biasa mengendalikan perlawanan membabitkan pasukan lelaki iaitu Piala Presiden dan Piala Belia beberapa musim kebelakangan ini.

"Jadi tahun 2020 ini bakal menjadi lonjakan buat ketiga-tiga mereka ini untuk mencabar kemampuan dengan mengendalikan perlawanan di peringkat yang lebih tinggi iaitu Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia.

"Saya berkeyakinan tinggi bahawa Rita, Nurul Ain dan Nur Akmal mampu menyahut cabaran ini dan akan melaksanakan tugas yang diberi nanti dengan sebaik mungkin," kata Datuk Haji Hamidin.

Rita pernah dinobatkan sebagai Pengadil Terbaik Wanita Asia 2014 dan berpengalaman luas mengendalikan perlawanan antarabangsa antaranya Piala Dunia Wanita 2015 di Kanada dan Sukan Olimpik 2016 di Brazil.

Nurul Ain pula telah menceburkan diri dalam bidang kepengadilan ini pada usia yang cukup muda dan pernah diangkat sebagai Pengadil Wanita Berpotensi 2017 manakala Nur Akmal cukup konsisten prestasinya sepanjang bergelar penolong pengadil.

Sementara itu, Exco FAM, ACP (B) Md Dali Wahid selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM menjelaskan bahawa ketiga-tiga mereka ini akan dilantik untuk tugasan bagi perlawanan Liga Premier terlebih dahulu sebelum dinaikkan pangkat untuk mengendalikan perlawanan Liga Super.

"Untuk permulaan, mereka akan mengadili perlawanan-perlawanan Liga Premier dan juga Piala FA yang mana Nur Akmal akan menjadi penolong pengadil bagi perlawanan Pusingan Pertama, SSFC lwn Kickers FC di Padang Merdeka, Port Dickson pada Sabtu ini (22 Februari 2020).

"Selepas melihat dan memantau prestasi mereka dalam beberapa perlawanan Liga Premier dan pusingan awal Piala FA ini, selain mereka sendiri sudah cukup bersedia untuk meningkat ke satu tahap yang lebih tinggi, baru kita akan lantik mereka untuk perlawanan Liga Super dan seterusnya Piala Malaysia," kata Md Dali.

Bagi seorang lagi Exco FAM, YB Dato’ Suraya Yaacob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, perkembangan ini dianggap sebagai pengiktirafan kepada golongan wanita dalam sistem bola sepak di negara ini.

"Mereka bertiga ini akan dianggap sebagai perintis untuk kita melihat lebih ramai pengadil wanita mengadili perlawanan lelaki di peringkat tertinggi domestik seperti Liga Super dan Liga Premier ini.

"Saya yakin, jika kita dapat menarik lebih ramai golongan wanita untuk melibatkan diri dalam bidang kepengadilan ini, kuantiti dan kualiti pengadil wanita di negara ini pasti akan meningkat pada masa akan datang," kata Dato' Suraya.

Saingan Liga Super dan Liga Premier 2020 akan bermula pada hujung minggu depan dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih 2020 merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Johor Darul Ta'zim lwn Kedah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 28 Februari 2020.






Загрузка...


Губернаторы России
Москва

Собянин рассказал о возрождении судостроительной отрасли в столице


Спорт в России и мире
Москва

Открытый московский фестиваль конного искусства и спорта пройдет на ВДНХ


Загрузка...

Все новости спорта сегодня


Новости тенниса
Андрей Рублёв

На кураже: Рублёв пробился в финал «Мастерса» в Мадриде, Медведев снялся из-за травмы


Загрузка...


123ru.net – это самые свежие новости из регионов и со всего мира в прямом эфире 24 часа в сутки 7 дней в неделю на всех языках мира без цензуры и предвзятости редактора. Не новости делают нас, а мы – делаем новости. Наши новости опубликованы живыми людьми в формате онлайн. Вы всегда можете добавить свои новости сиюминутно – здесь и прочитать их тут же и – сейчас в России, в Украине и в мире по темам в режиме 24/7 ежесекундно. А теперь ещё - регионы, Крым, Москва и Россия.


Загрузка...

Загрузка...

Экология в России и мире
Москва

Жителей Москвы предупредили об аномально холодной погоде





Путин в России и мире
Москва

Председатель Госдумы Володин: Путин спас Россию


Лукашенко в Беларуси и мире
Минск

Польский судья отказался от должности и попросил защиты у Лукашенко. Он обвинил Варшаву в нечестной политике




123ru.netмеждународная интерактивная информационная сеть (ежеминутные новости с ежедневным интелектуальным архивом). Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "123 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Smi24.net — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net.

Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам объективный срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть — онлайн (с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии).

123ru.net — живые новости в прямом эфире!

В любую минуту Вы можете добавить свою новость мгновенно — здесь.





Зеленский в Украине и мире

Навальный в России и мире


Здоровье в России и мире


Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России






Загрузка...

Загрузка...



Дора

Весенний сериал «Кто такая Дора?» (Дора Эрсой) Парень Ясемин Аллен



Москва

СЕНТКОМ: американские военные уничтожили беспилотник хуситов над Красным морем

Друзья 123ru.net


Информационные партнёры 123ru.net



Спонсоры 123ru.net