Мы в Telegram
Добавить новость
123ru.net
World News in Malay
Март
2019
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21
22
23 24 25 26 27 28 29 30 31

SIARAN MEDIA: FAM HARAP PENYOKONG TETAP HADIR KE BUKIT JALIL

0

2019-03-19

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini menggesa penyokong bola sepak negara tampil memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan Harimau Malaya dalam kejohanan bola sepak empat negara, Piala AIRMARINE 2019 yang akan berlangsung mulai esok hingga Sabtu ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

FAM juga menafikan dakwaan kononnya pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya, dijadikan alat mengaut keuntungan, sehingga harga tiket dinaikkan.

Dalam dunia bola sepak moden, pasukan bola sepak kebangsaan adalah produk utama mana-mana badan induk yang dipertanggungjawabkan mengurus tadbir bola sepak.

Dari sudut pemasaran dan komersial, FAM perlu memaksimumkan nilai pasukan kebangsaan bagi menjana pendapatan dan mencari sumber kewangan untuk disalurkan semula ke dalam bentuk pembangunan pasukan kebangsaan pelbagai peringkat umur.

Sebagai badan induk yang berdepan masalah kewangan terhad, FAM mengalu-alukan tawaran pihak ketiga seperti ProEvents menganjurkan kejohanan sebegini.

Bagi Piala AIRMARINE 2019, ProEvents sebagai promoter kejohanan ini mengambil risiko menganjurkan kejohanan sebegini dengan mencari sumber tajaan sendiri dan menanggung kos operasi penganjuran membawa masuk tiga negara ke Kuala Lumpur.

Justeru, harga jualan tiket yang telah ditetapkan itu adalah bagi menampung kos-kos yang berkaitan. Sebelum ProEvents meraih apa-apa keuntungan, mereka perlu menampung terlebih dahulu kos yang telah dibelanjakan bagi menjayakan kejohanan ini.

FAM menerima RM300,000 daripada ProEvents sebagai yuran penganjuran. Daripada yuran itu, FAM menggunakan wang berkenaan untuk membiayai kos operasi, bonus pasukan selain dikembalikan kepada bola sepak menerusi pengurusan pasukan-pasukan kebangsaan yang lain iaitu pasukan B-16, B-19, wanita dan juga futsal.

Harga tiket RM35 untuk menyaksikan dua perlawanan bagi setiap hari perlawanan Piala AIRMARINE 2019 ini seharusnya tidak dijadikan isu oleh penyokong yang sentiasa berdiri teguh di belakang skuad Harimau Malaya.

Sebagai perbandingan, pada tiga perlawanan persahabatan antarabangsa tahun lalu yang ditanggung sepenuhnya kos penganjuran oleh FAM dengan mengenakan harga tiket terbuka di antara RM20 dan RM30, FAM telah menanggung kerugian daripada hasil jualan tiket berkenaan selepas ditolak segala kos penganjuran.

Ketika menentang Bhutan di Stadium Nasional pada 1 April 2018, sebanyak 3,187 tiket dijual dengan jumlah kutipan RM81,460 tetapi FAM menanggung kerugian sebanyak RM100,464.88 selepas menolak kos, termasuk sewaan stadium, penginapan dan tiket penerbangan pasukan pelawat serta elaun pegawai pertandingan.

Seterusnya pada perlawanan bertemu Fiji di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada 5 Julai 2018, tiket terjual adalah 1,220 dengan kutipan sebanyak RM30,550 dan FAM telah menanggung kerugian sebanyak RM71,712.85.

Bagi pertemuan dengan Maldives di Stadium Nasional pada 3 November 2018, tiket yang terjual ialah 6,173 dengan kutipan sebanyak RM113,705. FAM menanggung kerugian RM26,435.68.

Di sebalik kos penganjuran yang tinggi, FAM sentiasa mentikberatkan usaha memenuhi tuntutan semasa dan mengambil kira pandangan penyokong yang mendesak sistem tiket di stadium dipertingkatkan.

Sebab itu sistem kemasukan ke stadium menggunakan Kod QR diperkenalkan pada kejohanan Piala AIRMARINE 2019. Pengenalan Kod QR dan sebarang penambah baikan dalam bentuk akses ke dalam stadium memberi kesan kewangan kepada FAM.

Bagi yang tertanya-tanya mengenai harga tiket Piala AIRMARINE 2019 berjumlah RM35 untuk dua perlawanan manakala harga tiket serendah RM20 untuk dua perlawanan bagi Kelayakan Kejuaraan AFC B-23 2020 di Stadium Shah Alam, ada perbezaan bagi kedua-dua kejohanan ini.

Kos penganjuran Piala AIRMARINE 2019 ditanggung sepenuhnya oleh ProEvents tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak manakala Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020, biarpun dianjurkan oleh FAM selaku tuan rumah, kos penganjurannya mendapat sedikit geran atau bantuan kewangan daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Atas sebab itulah FAM dapat mengenakan harga tiket serendah RM20 bagi Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020.

Sebagai perbandingan, negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia mengenakan harga tiket yang lebih mahal untuk perlawanan antarabangsa, dengan anggaran sekitar RM28 hingga RM84 sekeping.

Dalam Piala AFF 2018, Vietnam mengenakan harga tiket dari RM36 hingga RM108 sekeping.

Meskipun ada usaha untuk memulau kejohanan Piala AIRMARINE 2019, FAM berharap penyokong sejati terus memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dan tidak mudah terhasut dengan dakwaan bersifat berat sebelah.

Di saat penyokong menuntut kenaikan dari segi ranking FIFA, skuad kebangsaan dihidangkan dengan peluang beraksi dalam dua perlawanan bertaraf A. Mengambil kira keperluan ini, FAM menerima tawaran ProEvents untuk menganjurkan kejohanan ini dengan harapan Harimau Malaya mencatat keputusan baik demi memastikan pasukan negara tergolong dalam kelompok 34 negara teratas di Asia bagi mengelak play-off untuk kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

FAM juga sentiasa membuka pintu perbincangan dengan mana-mana kumpulan penyokong dan mengambil kira pandangan wakil-wakil semua pemegang taruh dalam menentukan dasar yang memberi kesan terus kepada mereka.

Atas semangat ini, FAM tetap berharap supaya semua penyokong Harimau Malaya hadir memberikan sokongan kepada skuad kendalian Tan Cheng Hoe di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada malam esok bagi menaikkan semangat para pemain Harimau Malaya menentang musuh tradisi kita, Singapura.

Sokongan anda diperlukan dalam membantu pemain menjiwai misi yang boleh mencerahkan harapan pasukan kebangsaan dalam misi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia bermula pertengahan tahun nanti.

Kepada semua penyokong bola sepak yang tidak henti-henti menyokong Harimau Malaya, ucapan terima kasih kami hulurkan.

 

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)






Загрузка...


Губернаторы России
Москва

Сергей Собянин. Главное за день


Спорт в России и мире
Москва

Росгвардия обеспечила правопорядок во время футбольного матча «ЦСКА» - «Спартак» в Москве


Загрузка...

Все новости спорта сегодня


Новости тенниса
Арина Соболенко

Соболенко: я предпочитаю смотреть мужской теннис, а не женский


Загрузка...


123ru.net – это самые свежие новости из регионов и со всего мира в прямом эфире 24 часа в сутки 7 дней в неделю на всех языках мира без цензуры и предвзятости редактора. Не новости делают нас, а мы – делаем новости. Наши новости опубликованы живыми людьми в формате онлайн. Вы всегда можете добавить свои новости сиюминутно – здесь и прочитать их тут же и – сейчас в России, в Украине и в мире по темам в режиме 24/7 ежесекундно. А теперь ещё - регионы, Крым, Москва и Россия.


Загрузка...

Загрузка...

Экология в России и мире
Москва

Опыт проведения Всероссийской акции «Вода России» представлен на межведомственном заседании в Ташкенте





Путин в России и мире
Москва

Транспортный коридор «Север-Юг» станет катализатором социального и экономического развития стран Евразии и глобального Юга


Лукашенко в Беларуси и мире
Минск

Лукашенко заявил, что не собирается проводить в Белоруссии мобилизацию




123ru.netмеждународная интерактивная информационная сеть (ежеминутные новости с ежедневным интелектуальным архивом). Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "123 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Ru24.net — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net.

Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам объективный срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть — онлайн (с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии).

123ru.net — живые новости в прямом эфире!

В любую минуту Вы можете добавить свою новость мгновенно — здесь.





Зеленский в Украине и мире
Киев

Захарова: встречи по продвижению "формулы Зеленского" дают Киеву чувство вседозволенности


Навальный в России и мире


Здоровье в России и мире


Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России






Загрузка...

Загрузка...



Михаил Кутушов

Токсиколог Кутушов рассказал почему возникает похмелье



Москва

В Подмосковье выявлено более 110 нарушений правил охоты

Друзья 123ru.net


Информационные партнёры 123ru.net



Спонсоры 123ru.net