Мы в Telegram
Добавить новость
123ru.net
World News in Malay
Апрель
2021

SIARAN MEDIA: FAM ANJUR HARI BOLA SEPAK WANITA AFC KALI KE-7

0

2021-04-10

 

KELANA JAYA, (Sabtu, 10 April 2021): Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini, telah meraikan seramai 120 kanak-kanak perempuan berusia 7 hingga 13 tahun menerusi aktiviti karnival bersempena Hari Bola Sepak Wanita Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kali ke-7 di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya.

Karnival bola sepak yang telah dilangsungkan bersama barisan jurulatih pasukan bola sepak wanita FAM itu telah memberi peluang kepada kumpulan kanak-kanak perempuan yang hadir pendedahan dalam bentuk latihan bola sepak.

Exco FAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita FAM, Dato’ Suraya Yaacob berkata jumlah kehadiran kanak-kanak perempuan pada karnival bola sepak wanita AFC pada hari ini mencerminkan kebolehan kaum wanita untuk bersaing di dalam sukan yang biasanya di dominasi kaum lelaki.

“Walaupun semua pertandingan di peringkat kebangsaan termasuk Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) terpaksa dibatalkan tahun lalu akibat pandemik COVID-19, itu tidak menghalang FAM untuk terus komited terhadap bola sepak wanita dalam Malaysia.

“Menerusi karnival bola sepak wanita di peringkat akar umbi yang dlangsungkan pada hari ini, ia membuktikan bahawa minat serta bakat boleh dipupuk dari usia awal.

“Cabaran wanita di dalam dunia bola sepak memang tidak boleh disangkal lagi namun saya percaya wanita mampu untuk mengharungi cabaran ini dan turut menyumbang kepada kecemerlangan bola sepak negara,” kata Dato’ Suraya.

Tambahnya lagi, menerusi Pelan Pembangunan Bola Sepak Wanita yang bakal dilancarkan pada Jun ini, FAM sekali lagi telah membuktikan komitmennya terhadap sukan bola sepak wanita sebagai salah satu komponen penting di dalam struktur bola sepak negara.

Selain itu, penerimaan komuniti dan keluarga juga memainkan peranan besar di dalam pembangunan bola sepak wanita negara. 

“Menerusi komitmen serta sokongan komuniti dan keluarga, saya percaya bola sepak wanita negara mampu untuk mencapai pencapaian yang cemerlang bersama skuad kebangsaan lelaki.

“Perubahan di dalam bola sepak wanita sudah tentu tidak akan terjadi dalam sekelip mata tetapi dengan dedikasi daripada keluarga, komuniti, persatuan-persatuan bola sepak negeri, kelab-kelab bola sepak seluruh negara, saya pasti bola sepak wanita Malaysia dapat meraih kejayaan di masa hadapan.

Tambahnya lagi, komitmen serta sokongan daripada AFC terhadap FAM dalam merangka dan melaksanakan aktiviti pembangunan bola sepak di peringkat kebangsaan sekali gus menunjukkan bahawa bola sepak wanita juga mampu mencipta kecemerlangan di dalam sukan berkenaan.

Beliau juga turut meluahkan rasa berterima kasih terhadap Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pembangunan bola sepak wanita Malaysia.

“Menerusi kepercayaan serta dedikasi Datuk Haji Hamidin terhadap pembangunan bola sepak negara terutama di peringkat akar umbi, saya percaya bola sepak wanita negara dapat dibangunkan ke tahap tertinggi,” ujarnya.  

Yang turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Presiden FAM, Dato’ Sivasundaram a/l Sithamparam Pillai; Naib Presiden FAM, Encik Mohd Joehari Mohd Ayub bersama barisan Exco FAM yang lain iaitu Datuk Mohd Hisamudin Yahaya, ACP (B) Md Dali Wahid, Dato’ Adly Shah Ahmad Tah, Dr. Siti Faidul Maisarah Abdullah dan Encik Syed Yazid Syed Omar serta Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam; Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee dan juga Ketua Unit Bola Sepak Wanita AFC, Cik Bai Lili.

Sementara itu, Dato’ Sivasundaram berkata, pihak FAM sentiasa komited terhadap pembangunan bola sepak di dalam negara terutamanya di peringkat akar umbi. 

“Sejajar dengan pelan hala tuju F:30, FAM mahu meluaskan lagi peluang untuk kaum wanita meraih pengalaman bermain bola sepak di peringkat kebangsaan.

“Menerusi karnival bola sepak yang dianjurkan, kita dapat lihat semangat serta minat yang mendalam terhadap sukan bola sepak daripada kanak-kanak yang hadir pada hari ini.

“FAM akan meneruskan lagi komitmen kami terhadap bola sepak wanita dengan penganjuran aktiviti-aktiviti serta acara bola sepak pada tahun ini seperti bengkel, kursus pendidikan serta festival untuk pemain serta jurulatih seluruh negara,” kata Dato' Sivasundaram.

Menurut Dato' Sivasundaram lagi, FAM juga turut komited terhadap wanita di dalam kejurulatihan lebih-lebih lagi di peringkat akar umbi dan bola sepak wanita.

“Setakat hari ini, FAM telah merekodkan seramai 139 jurulatih wanita yang telah berdaftar sebagai jurulatih akar umbi manakala 8 jurulatih wanita telah berdaftar di bawah jurulatih Lesen C dan seramai 68 jurulatih wanita telah berdaftar di bawah kejurulatihan Lesen D.

"Saya percaya, dengan dedikasi jurulatih-jurulatih di Unit Kejurulatihan FAM dan sokongan daripada penyokong bola sepak negara, skuad wanita kebangsaan dapat meraih kejayaan-kejayaan di masa hadapan,” katanya.

10 April 2021






Загрузка...


Губернаторы России
Москва

Собянин: На майских праздниках парковка в Москве будет бесплатной


Спорт в России и мире
Москва

Олимпиада по финансовой грамотности МГУ проходит при поддержке СберСтрахования жизни


Загрузка...

Все новости спорта сегодня


Новости тенниса
Анастасия Потапова

Потапова всухую обыграла Шнайдер в 1-м круге турнира в Мадриде


Загрузка...


123ru.net – это самые свежие новости из регионов и со всего мира в прямом эфире 24 часа в сутки 7 дней в неделю на всех языках мира без цензуры и предвзятости редактора. Не новости делают нас, а мы – делаем новости. Наши новости опубликованы живыми людьми в формате онлайн. Вы всегда можете добавить свои новости сиюминутно – здесь и прочитать их тут же и – сейчас в России, в Украине и в мире по темам в режиме 24/7 ежесекундно. А теперь ещё - регионы, Крым, Москва и Россия.


Загрузка...

Загрузка...

Экология в России и мире
Москва

Компания ICDMC стала победителем престижной премии в сфере ЗОЖ – Green Awards 2023/24





Путин в России и мире
Москва

Эксперт Президентской академии в Санкт-Петербурге о формировании взаимовыгодного международного сотрудничества


Лукашенко в Беларуси и мире
Минск

Лукашенко пообещал потенциальным агрессорам ответ всеми видами оружия




123ru.netмеждународная интерактивная информационная сеть (ежеминутные новости с ежедневным интелектуальным архивом). Только у нас — все главные новости дня без политической цензуры. "123 Новости" — абсолютно все точки зрения, трезвая аналитика, цивилизованные споры и обсуждения без взаимных обвинений и оскорблений. Помните, что не у всех точка зрения совпадает с Вашей. Уважайте мнение других, даже если Вы отстаиваете свой взгляд и свою позицию. Ru24.net — облегчённая версия старейшего обозревателя новостей 123ru.net.

Мы не навязываем Вам своё видение, мы даём Вам объективный срез событий дня без цензуры и без купюр. Новости, какие они есть — онлайн (с поминутным архивом по всем городам и регионам России, Украины, Белоруссии и Абхазии).

123ru.net — живые новости в прямом эфире!

В любую минуту Вы можете добавить свою новость мгновенно — здесь.





Зеленский в Украине и мире
Киев

Захарова: встречи по продвижению "формулы Зеленского" дают Киеву чувство вседозволенности


Навальный в России и мире
Москва

Проводивший панихиду по Навальному* священник запрещен в служении



Здоровье в России и мире


Частные объявления в Вашем городе, в Вашем регионе и в России






Загрузка...

Загрузка...



Владимир Высоцкий

Что Золотухин рассказывал про некрасивые тайны Таганки и почему Высоцкий его не простил



Москва

В Подмосковье 28 апреля начнется фестиваль «Текстильный букет Поочья»

Друзья 123ru.net


Информационные партнёры 123ru.net



Спонсоры 123ru.net